Peniaga bazar Ramadan Kampung Melayu, di Pulau Pinang yang diarah tutup tiga hari berharap dapat kembali meneruskan perniagaan menjelang akhir Ramadan.<br /><br />Meskipun sedih kerana terpaksa menanggung kerugian sekaligus hilang punca pendapatan namun mereka akur dengan arahan penutupan tersebut.
